Rifdean Masdor Idam Kontrak, Tali Pinggang Keramat ONE Championship

25 Mar 2024 • 8:15 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Syabas buat ‘Magic Boy’ kelahiran Sarawak ini

Rifdean Masdor Idam Kontrak, Tali Pinggang Keramat ONE Championship. Selepas penampilan menakjubkan di ONE Championship pada Jumaat lepas, jaguh Muay Thai negara Mohammad Rifdean Masdor menyasarkan untuk mendapatkan kontrak berprestij kejohanan itu bernilai AS$100,000 dan tali pinggang kejuaraan.

Atlet berusia 21 tahun dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan Technical Knockout (TKO) dalam pertarungan ONE Friday Fights 56 di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand.

image is not available
Rifdean Masdor Idam Kontrak, Tali Pinggang Keramat ONE Championship. Sumber: Astro Awani

Atlet Malaysia yang mewakili Sor Sommai berpangkalan di Bangkok itu turut membawa pulang bonus 350,000 (RM45,600).

“Saya sangat gembira dengan penampilan sulung di ONE Championship. Saya berasa lega. Kemenangan ini pasti akan meningkatkan keyakinan saya dalam pertarungan akan datang,” katanya kepada Bernama.

Mohammad Rifdean yang dinobatkan juara dunia dalam kategori bawah 23 tahun sebanyak tiga kali itu menetapkan matlamat untuk mendapatkan kontrak ONE Championsip bernilai AS$100,000 pada tahun ini.

Sementara itu, Mohammad Rifdean berkata beliau menggandakan latihan selama dua bulan di Sor Sommai sebelum penampilan sulungnya itu.

“Saya telah lakukan yang terbaik dan mengikuti rancangan permainan oleh jurulatih Bernard Radin dan menang,” katanya.

Sementara itu jurulatihnya Bernard Radin berkata Mohammad Rifdean telah mempamerkan kemahiran dan keazaman tinggi dalam penampilan sulungnya dengan memenuhi pelan permainan mereka untuk kemenangan TKO pada pusingan pertama.

“Saya yakin Rifdean boleh dapat bukan sahaja kontrak ONE Championship tapi juga tali pinggang ONE Championship…saya yakin tidak lama lagi,” katanya.

Bernard berkata anak didiknya itu perlu memperoleh tiga kemenangan berturut-turut dalam ONE Championship bagi membolehkannya mendapatkan kontrak itu.

image is not available

Ditanya mengenai kelewatan penyertaan Mohamad Rifdean dalam ONE Championship, Bernard berkata “Kami telah melakukan yang terbaik, bagaimanapun tiada rezeki.”

“Tapi kini, kami di sini untuk berjuang. Adalah impian Rifdean untuk memulakan ini. Saya beritahu Rifdean inilah saatnya yang kita tunggu. Tunjukkan kepada dunia siapa kamu,” katanya.

Baca lagi artikel menarik: