“Rindu Awak” – Hormati Setahun Pemergian Moonbin, Cha Eunwoo Tampil Berpakaian Serba Hitam

20 Apr 2024 • 9:44 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Pejam celik pejam celik, sudah setahun sejak Moonbin meninggalkan kita semua..

Pada 19 April, Cha Eun-woo telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, dalam perjalanannya ke Indonesia untuk acara perjumpaan peminatnya di sana.

Menarik perhatian, lelaki itu tampil dengan memakai pakaian serba hitam, bagi menghormati ulang tahun pertama pemergian sahabatnya iaitu Moonbin, yang jatuh pada hari yang sama.

Selain itu, di laman Instagram, Cha Eun-woo turut meluahkan perasaan rindu kepada mendiang dengan menulis,

Saya rindu awak, saya sayang awak, sungguh

Kejap je kan dah setahun..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.