Rindu Cikgu Istiqomah, Anak-Anak Sering Termenung & Berdiam Diri – “Anak Sulung Curi-Curi Tengok Gambar Arwah…”

13 Aug 2024 • 4:10 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menanti kepulangan ibu selama lapan bulan dan terima perkhabaran duka tentang pemergiannya dengan cara yang kejam, bayangkan perasaan anak-anak mangsa bunuh, Istiqomah Ahmad Razi, 33 tahun.

Menurut suami mangsa, Mohd Yusof Mokhtar, 35, dia berasa sedih melihat ketiga-tiga anaknya Naura Auni,9, Naufal Amzar, 6, dan Nayla Aisya, 4, yang sangat merindui ibu mereka.

image is not available

Kata Yusof, dia telah menjelaskan kepada tiga kanak-kanak itu tentang apa yang telah berlaku dan pada masa yang sama perlu menjaga emosi mereka ketika menonton berita tentang ibu di televisyen.

Anak sulung terutamanya, suka curi-curi tengok gambar arwah kerana dia rindu. Tapi bila perasan saya melihat tindakannya itu, dia akan sembunyikan gambar kerana tidak mahu saya bersedih.

Kadang kala anaknya akan termenung serta berdiam diri dan membisu, kemungkinan disebabkan terlalu rindukan arwah. Mereka juga sering memanggil ‘mama’ ketika menangis namun kata Yusof dia harus kekal tenang.

Kalau menangis mereka akan panggil mama iaitu panggilan kepada arwah namun saya perlu sembunyikan keperitan hati ini untuk memberi kekuatan kepada anak-anak,

image is not available

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata jenazah mangsa masih belum boleh dituntut oleh keluarga disebabkan siasatan masih berjalan termasuk bagi mengesan baki beberapa bahagian anggota badan mangsa yang masih hilang.

image is not available 2 days ago

Suami Dedah Arwah Cikgu Istiqomah Isteri Yang Taat, Mahu Hukuman Setimpal Untuk Suspek - “Kalau Boleh Hukuman Gantung”