Rindu malam tujuh likur, ini sebenarnya tradisi memasang pelita, meriah!

29 Mar 2023 • 5:24 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MALAM tujuh likur menggamit memori. Ia bagaikan kemuncak Ramadan di mana kediaman di serata desa dihiasi pelita minyak tanah.

Kebiasaannya pada malam tujuh likur pelita dipasang pada 10 malam terakhir Ramadan. Lebih-lebih lagi pada 27 Ramadan, memang meriah. Walaupun lambat lagi, auranya kian dirasai.

Dalam mengejar Lailatul Qadr yang lebih baik daripada ibadah 1,000 bulan pada malam ganjil, memasang pelita pada 10 terakhir Ramadan dengan tujuan sekadar memeriahkan rumah dan menambahkan keceriaan. Menurut Ustaz Mustafar Mohd Suki adalah diharuskan.

Tidak hanya di kampung, di bandar warganya turut menyambut malam tujuh likur dengan lampu neon beraneka warna di sekeliling rumah dan lorong. Ada yang menggunakan pelita tetapi tidak lagi menggunakan minyak tanah, semua main petik suis.

Kanak-kanak orang yang paling seronok ketika malam malam tujuh likur kerana hari raya menjelang tiba. Sibuk mengacu baju raya dan bermain mercun.

Agamawaan itu menjelaskan tidak salah selagi perbuatan itu tidak dilakukan dengan iktikad tertentu seperti memudahkan malaikat masuk ke rumah atau memudahkan roh si mati pulang ke rumah, maka ia tidak diharuskan.

“Masyarakat perlulah memfokuskan ibadah dan amal pada 10 terakhir Ramadan agar memperoleh lailatul al-Qadr,” katanya.

Anda masih boleh merasai kemeriahan malam tujuh likur dengan berkunjung ke pusat membeli-belah 1 Utama yang dihias indah dengan tema Sinar Estetika Aidil Fitri bermula 25 Mac hingga 25 April ini.

image is not available

Lantera gergasi setinggi 17 meter yang digabung dengan rama-rama dan bunga-bungaan menghidupkan suasana bertemakan Mistikal Timur Tengah.

image is not available

Disambut dengan dekorasi raya ia tentu menyeronokkan. Anda juga dihidangkan dnegan pelbagai persembahan dan aktiviti hiburan, jualan sempena Syawal serta penebusan cendera mata perayaan edisi terhad dan eksklusif.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.