Ringgit cecah 3.99 berbanding dolar AS, paling kukuh dalam tempoh lebih tujuh tahun

Business & Finance
23 Jan 2026 • 4:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ringgit mencecah paras psikologi 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat pada jam 2.27 petang Jumaat. Gambar hiasan

RINGGIT mencecah paras psikologi 3.99 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh seketika pada jam 2.27 petang Jumaat.

Mata wang tempatan mengukuh kepada 3.9992 berbanding dolar AS, paras paling kukuh dalam tempoh lebih tujuh tahun.

Kali terakhir ringgit berada pada paras ini adalah pada 18 Jun 2018 yang mencecah 3.9960/9990.

Sebelum ini, kalangan ahli ekonomi mengunjurkan ringgit diniagakan dalam julat itu pada separuh pertama 2026, sebelum seterusnya mengukuh ke arah 3.94 berbanding dolar AS pada separuh kedua tahun ini, disokong prospek ekonomi Malaysia yang positif.

Mereka berkata, kemungkinan itu juga didorong oleh jangkaan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS serta isu lain yang bertumpuan AS dan akan terus melemahkan dolar AS. - Bernama