Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS pada jam 11.32 pagi hari ini

Business & Finance
5 Aug 2024 • 12:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

RINGGIT Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada jam 11.32 pagi hari ini.

Terdahulu pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4930/5010 berbanding dolar AS daripada 4.4945/4995 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Prestasi itu merupakan kenaikan kukuh berterusan ringgit berbanding dolar AS selama 11 hari berturut-turut.

Paras tertinggi sebelum ini adalah pada 4.4000/4025 yang dicatatkan pada 14 April, 2023.

Pagi ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersyukur kerana sejak kebelakangan ini negara banyak mendapat pengiktirafan dengan merekodkan kemajuan dari segi ekonomi dan pertumbuhan termasuk pengukuhan ringgit.

"Kejayaan ini tentu kerana politiknya lebih stabil, kemudian dasar dan kerangka lebih jelas,” katanya pada perhimpunan bulanan bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved