Ringgit cecah paras tertinggi pada 3.9665 berbanding dolar AS

LocalBusiness & Finance
26 Jan 2026 • 4:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 26 JAN: Ringgit meneruskan momentum meningkatnya diniagakan pada 3.9665 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari, yang merupakan paras tertinggi baharunya sejak merekodkan paras 3.9655 pada 22 Mei 2018.

Awal hari ini, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan itu mempunyai potensi untuk terus meningkat, dengan menyatakan purata kadar pertukaran ringgit dan dolar AS dari tempoh 21 Julai 2005 hingga hari ini adalah kira-kira 3.82 berbanding dolar AS.

"Ini disokong oleh tinjauan positif terhadap ekonomi Malaysia, terutamanya susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini," katanya.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved