Ringgit dibuka tinggi

Business & Finance
2 Oct 2026 • 9:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ringgit dibuka tinggi
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0820/0885 berbanding dolar AS daripada 4.0830/4.0875 semasa ditutup pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan kebanyakan mata wang utama pada Jumaat, disokong oleh permintaan yang kukuh terhadap mata wang tempatan walaupun data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang baik mengukuhkan kedudukan mata wang negara itu.

Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0820/0885 berbanding dolar AS daripada 4.0830/4.0875 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Institute for Supply Management (ISM) AS dicatatkan pada 54.5 mata pada September berbanding 54.6 mata pada bulan sebelumnya.

"Subindeks pesanan baharu menunjukkan aktiviti perniagaan dijangka kekal kukuh, dengan indeks meningkat kepada 55.3 mata daripada 53.7 mata sebelumnya.

"Selain itu, tuntutan pengangguran awal terus menurun kepada 197,000 minggu lepas manakala purata tuntutan pengangguran untuk empat minggu terkini terus berkurangan kepada 200,000,” katanya kepada Bernama.

Berbanding mata wang utama, ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.5914/5987 daripada 4.6015/6066 semasa ditutup pada Khamis, naik berbanding pound kepada 5.3870/3956 daripada 5.3896/3955 semalam.

Bagaimanapun, ringgit menurun berbanding yen Jepun kepada 2.5844/5886 daripada 2.5781/5811 sebelum ini.

Bagi mata wang ASEAN, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1883/1936 daripada 3.1856/1894 semasa ditutup pada Khamis dan menyusut berbanding baht Thailand kepada 12.1207/1515 daripada 12.1111/1294 dicatatkan semalam.

Mata wang tempatan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.50/6.51 dan rupiah Indonesia kepada 227.2/227.6.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved