Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Business & Finance
14 Feb 2023 • 10:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ringgit menebus kembali kerugian yang dicatat pada Isnin dan dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS, menjelang pengumuman data indeks harga pengguna (IHP) Amerika Syarikat untuk Januari lewat hari ini. - Gambar hiasan

RINGGIT menebus kembali kerugian yang dicatat pada Isnin dan dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS, menjelang pengumuman data indeks harga pengguna (IHP) Amerika Syarikat untuk Januari lewat hari ini, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.3480/3525 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin 4.3575/3625.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, dolar AS mula lemah di tengah-tengah sentimen risiko yang lebih baik sementara peniaga wang terus menjalankan tanggungjawab masing-masing seperti biasa dengan mengurangkan risiko menjelang pengumuman data AS pada Selasa.

"Sekiranya data IHP AS gagal melepasi tahap yang dikehendaki, latar belakang makro yang bertambah baik boleh mengurangkan lagi dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, memandangkan inflasi di AS masih agak tinggi, mesej daripada Rizab Persekutuan (Fed) AS telah jelas iaitu bank pusat AS akan mengekalkan dasar monetari yang lebih ketat.

Di dalam negara, ringgit bagaimanapun diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Ringgit menyusut nilai berbanding dolar Singapura pada 3.2738/2777 daripada 3.2697/2739 pada penutupan dagangan Isnin dan lemah berbanding yen Jepun pada 3.2909/2946 daripada 3.2837/2877 sebelumnya.

Mata wang tempatan turut lemah berbanding euro kepada 4.6658/6707 daripada 4.6521/6574 semalam dan susut berbanding pound Britain kepada 5.2811/2865 daripada 5.2447/2507. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved