Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam sentimen pasaran berhati-hati

Business & Finance
18 May 2026 • 9:41 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam sentimen pasaran berhati-hati
Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 3.9495/9605 berbanding dolar AS daripada 3.9515/9580 semasa ditutup pada Jumaat lepas. Foto hiasan

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin walaupun sentimen berhati-hati berterusan berikutan ketegangan geopolitik yang meningkat di Asia Barat.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 3.9495/9605 berbanding dolar AS daripada 3.9515/9580 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, sentimen pasaran kekal berhati-hati berikutan kebuntuan yang berpanjangan antara AS dan Iran terus mewujudkan kebimbangan mengenai konflik yang lebih meluas di rantau tersebut.

"Kebuntuan antara AS dan Iran dijangka berlarutan dan serangan baru-baru ini ke atas kemudahan nuklear Emiriah Arab Bersatu menunjukkan bahawa perang itu mungkin akan berpanjangan.

"Seterusnya, penutupan Selat Hormuz juga mungkin akan berlaku kerana kedua-dua negara akan menggunakan laluan laut tersebut sebagai kelebihan strategik masing-masing,” katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan, mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding pound kepada 5.2572/2718 daripada 5.2749/2835 semasa ditutup pada Jumaat lepas, mengukuh berbanding euro kepada 4.5873/6001 daripada 4.5948/6024 dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.4863/4934 daripada 2.4927/4968 sebelum ini.

Mata wang tempatan turut diniagakan tinggi berbanding mata wang serantau.

Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.0684/1083 daripada 12.0989/1247, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0824/0915 daripada 3.0871/0927 dan tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 224.4/225.1 daripada 224.5/225.0 sebelum ini.

Mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.40/6.42 daripada 6.40/6.41 sebelum ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved