Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, prospek fiskal Belanjawan 2027 jadi tumpuan

Business & Finance
9 Oct 2026 • 9:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, prospek fiskal Belanjawan 2027 jadi tumpuan
Ringgit meningkat kepada 4.0880/0945 berbanding dolar AS daripada 4.0890/0940 semasa ditutup pada Khamis. - Gambar hiasan

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, dengan pasaran kekal berhati-hati apabila mereka terus menilai prospek fiskal menjelang pembentangan Belanjawan 2027.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0880/0945 berbanding dolar AS daripada 4.0890/0940 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran akan memberi tumpuan kepada kedudukan fiskal kerajaan, dengan jangkaan bahawa kerajaan akan mengekalkan disiplin fiskal dan memastikan defisit fiskal pada trend penurunan.

Beliau berkata, ini amat penting berdasarkan pertimbangan politik berkaitan belanjawan, dengan pilihan raya negeri semakin hampir dan pilihan raya umum dijangka pada masa akan datang.

"Mengekalkan disiplin fiskal akan terus menjadi faktor utama dalam mengukuhkan nilai ringgit berikutan langkah ini akan memastikan asas ekonomi menyokong mata wang Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama.

Mata wang tempatan menurun berbanding euro kepada 4.5839/5912 daripada 4.5719/5775 semasa ditutup pada Khamis, rendah berbanding yen Jepun kepada 2.5862/5905 daripada 2.5834/5867 dan menyusut berbanding pound kepada 5.4076/4162 daripada 5.3930/3996.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1918/1971 daripada 3.1893/1934 semasa ditutup pada Khamis, rendah berbanding baht Thailand kepada 12.1468/1715 daripada 12.1371/1563.

Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.50/6.51 dan rupiah Indonesia kepada 228.2/228.6. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved