
Kuala Lumpur: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Selasa ketika pasaran menilai prospek dasar tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, kata seorang penganalisis.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.2165/2490 berbanding dolar US daripada 4.2530/2605 pada Jumaat lepas.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata ringgit disokong oleh dolar yang lebih lemah, didorong oleh ketegangan perdagangan AS-China dan kebimbangan mengenai tarif dan cukai baharu yang mungkin dilaksanakan daripada Washington.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) turun 0.11 peratus kepada 98.60 mata daripada 99.00 ketika ditutup pada Jumaat, menyokong mata wang lain juga.
“Komen-komen daripada Beijing dan Washington menunjukkan kekecewaan terhadap komitmen perdagangan yang tidak dipenuhi.
“Sementara itu, ketidakpastian mengenai cadangan cukai Seksyen 899 dicadangkan oleh Trump dalam rang undang-undang diluluskan Dewan Perwakilan AS dan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka akan menurunkan kadar faedah terus menjejaskan dolar US,“ katanya kepada Bernama.
Pada pembukaan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama dan mata wang ASEAN.
Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7134/7574 daripada 5.7284/7385 ketika ditutup pada Jumaat, bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9567/9799 daripada 2.9531/9585 dan susut berbanding euro kepada 4.8270/8643 daripada 4.8169/8254 sebelum itu.
Dalam pada itu, ringgit melonjak berbanding peso Filipina kepada 7.57/7.63 daripada 7.62/7.64, namun merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.2808/3066 daripada 3.2938/3002 pada penutupan Jumaat dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 259.4/261.5 daripada 260.4/261.1.
