Ringgit Dibuka Tinggi, Harga Minyak Reda

LocalBusiness & Finance
18 Sep 2026 • 11:00 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Ringgit Dibuka Tinggi, Harga Minyak Reda

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama pada Jumaat, disokong sentimen pasaran yang bertambah baik susulan kebimbangan terhadap bekalan minyak di Asia Barat mula reda.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0955/4.1015 berbanding dolar AS, daripada 4.0965/4.1010 ketika ditutup pada Khamis.

Harga Minyak Mula Menurun

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata sentimen pasaran bertambah baik selepas Arab Saudi dilaporkan mula memulihkan saluran paip East-West yang mengalami kerosakan.

Pergerakan kapal tangki melalui Selat Hormuz juga masih berterusan, sekali gus mengurangkan kebimbangan segera terhadap gangguan bekalan minyak.

Susulan itu, harga minyak mentah Brent turun 0.95% kepada US$104.82 setong.

Dalam masa sama, hasil bon Perbendaharaan AS turut menurun dengan hasil bon 2 tahun dan 10 tahun masing-masing susut 7 mata asas kepada 4.67% dan 4.94%.

Keadaan ini membantu meningkatkan selera risiko pelabur dan memberi sokongan kepada ringgit pada awal dagangan.

Keputusan BoJ Jadi Tumpuan

Bagaimanapun, perhatian pasaran kini beralih kepada keputusan dasar monetari Bank of Japan (BoJ) yang akan diumumkan hari ini.

Konsensus pasaran menjangkakan BoJ menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 1.25%.

Mohd Afzanizam berkata pelabur akan meneliti penilaian ekonomi dan nada dasar BoJ bagi menentukan hala tuju yen selepas ini.

Nada yang lebih hawkish boleh mencetuskan pengurangan lanjut dalam yen carry trade, iaitu strategi meminjam yen pada kos rendah untuk melabur dalam aset lain yang menawarkan pulangan lebih tinggi.

Keadaan tersebut berpotensi meningkatkan turun naik dalam pasaran pertukaran asing dan memberi kesan kepada pergerakan ringgit.

Justeru, beliau menjangkakan ringgit akan bergerak dalam julat yang sempit hari ini ketika pelabur menunggu keputusan penting tersebut.

Ringgit Berbanding Mata Wang Utama

Pada pembukaan, ringgit turut mengukuh berbanding beberapa mata wang utama.

Berbanding euro, ringgit meningkat kepada 4.7000/4.7069 daripada 4.7003/4.7055.

Berbanding yen, ringgit naik kepada 2.6228/2.6268 daripada 2.6305/2.6336.

Ringgit turut mengukuh berbanding pound kepada 5.4704/5.4784 daripada 5.4877/5.4937.

Ringgit Bercampur Berbanding Mata Wang ASEAN

Berbanding mata wang ASEAN, ringgit bergerak bercampur.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2096/3.2146 daripada 3.2099/3.2137.

Namun, ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 12.3043/12.3279 daripada 12.2734/12.2917.

Ringgit kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.53/6.54 dan rupiah Indonesia pada 230.7/231.1. – Bernama


HUSTLE24HOUR kini dibuka!

Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.

👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM  

HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved