
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila mata wang negara maju itu mendapat sokongan peningkatan hasil perbendaharaan yang tinggi dan data penggajian yang lebih kukuh.Pada jam 6 petang, ringgit susut ke paras 4.4570/4600 berbanding dolar AS daripada 4.4490/4520 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata perkembangan di AS dan keadaan Covid-19 di China telah menjejaskan sentimen terhadap mata wang negara sedang pesat membangun, termasuk ringgit.Dalam pada itu, ringgit ditutup mengukuh berbanding kelompok mata wang utama lain.Ringgit naik berbanding euro kepada 4.5408/5438 daripada 4.5513/5544 pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3010/3035 daripada 3.3459/3484, sebelum ini.Unit tempatan itu juga meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2309/2333 daripada 3.2330/2355 pada Jumaat dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3872/3908 daripada 5.3989/4025 sebelum ini. - Bernama
