Ringgit Ease lancar platform perbandingan kewangan Islam pertama Malaysia

LocalPersonal Finance
2 Sep 2026 • 12:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ringgit Ease lancar platform perbandingan kewangan Islam pertama Malaysia

PETALING JAYA: Ringgit Ease Sdn. Bhd. (RESB) melancarkan finEZ, sebuah platform digital baharu yang membolehkan pengguna meneroka, membanding dan memilih produk kewangan patuh syariah dalam satu platform pertama di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Shoraka Group, Datuk Mohd Hasnul Ismar berkata, finEZ dibangunkan bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat terhadap ketelusan dan akses yang lebih mudah kepada kewangan Islam.

“Pengguna hari ini mempunyai lebih banyak pilihan berbanding sebelum ini, namun. proses membandingkan pilihan pembiayaan masih boleh mengelirukan dan mengambil masa.

“Kami membangunkan finEZ untuk memudahkan pengalaman tersebut dengan meletakkan maklumat-maklumat yang relevan dalam satu platform.

“Ia sekali gus membantu pengguna memahami dan membandingkan pilihan yang tersedia dengan lebih baik sebelum membuat keputusan kewangan yang termaklum,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai sebuah platform perbandingan kewangan berteraskan Islamik-dahulu (Islamic-first), finEZ dibina khusus untuk memudahkan satu proses yang sering kali rumit dan memakan masa.

Beliau berkata, pengguna tidak lagi perlu melayari pelbagai laman web institusi kewangan secara berasingan.

“Pengguna kini boleh meneliti dan membuat perbandingan maklumat penting dan produk-produk kewangan yang mengambil bahagian melalui platform finEZ sahaja bagi memastikan keputusan kewangan dibuat dengan tepat.

“Selain itu, sempena pelancaran finEZ, produk Pembiayaan Peribadi-i akan diperkenalkan sebagai kategori produk pertama dalam platform tersebut.

“Dengan ini, pengguna boleh meneroka produk Pembiayaan Peribadi-i yang ditawarkan oleh institusi yang mengambil bahagian sekaligus meneliti maklumat penting seperti kadar keuntungan, jumlah pembiayaan, tempoh pembiayaan, syarat kelayakan dan anggaran ansuran bulanan.

“Bagi produk Pembiayaan Peribadi-i terpilih, pengguna yang layak juga boleh meneruskan permohonan melalui finEZ, sekali gus menyediakan perjalanan yang lancar, bermula daripada carian produk sehingga ke peringkat permohonan,” katanya. – UTUSAN

The post Ringgit Ease lancar platform perbandingan kewangan Islam pertama Malaysia appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved