Ringkas! Ini resipi daging goreng ala Thai confirm tambat selera keluarga

Cooking
23 Mar 2023 • 12:34 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
daging kambing

Ringkas! Ini resipi daging goreng ala Thai confirm tambat selera keluarga

BILA sebut pasal daging, kecur liur teringatkan kenikmatannya. Ada daging sup, bakar, tumis, kari dan sebagainya.

Daging menjadi kegemaran kerana ia cukup mengenyangkan dan dapat dimakan dengan apa jua sajian.

Jadi, buat penggemar daging bolehlah cuba masak resipi daging yang mudah dan sedap iaitu daging goreng ala Thai.

Kalau nak cepat masak, kita gunakan daging jenis yang lembut iaitu bahagian batang pinang, tapi kalau tak ada, bahagian potongan yang lain pun ok.

image is not available

Janji kita potong dengan cara yang betul (berlawanan urat) dan ia mungkin ambil masa lebih lama sikit untuk merebus sehingga empuk.

Daging goreng ala Thai ni sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih.

Menu ini cara memasaknya hampir sama dengan daging Harimau Menangis tapi rasa yang berbeza.

Ringkas untuk santapan di waktu sahur sudah semestinya pilihan yang enak.

Bahan-bahannya;

  • 1/2kg daging dihiris nipis

(bersihkan, toskan air, masukkan dalam kuali rebus sehingga lembut dan kering air. Ketepikan)

Bahan A;

Bahan B;

  • 2 sudu besar Nampla (sos ikan)
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk cili (boleh tmbah jika nak pedas)

image is not available
ELAK pengambilan daging merah terlalu banyak selain makanan terproses seperti sosej, nuget dan burger.

Bahan C;

  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1 sudu besar lime jus @ air limau nipis
  • 1 sudu besar beras di sangai @ goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus
  • 1 biji bawang besar dihiris halus
  • Daun ketumbar dihiris

Cara-cara membuatnya;

1. Panaskan minyak. Tumis bahan A sehigga naik bau. Masukkan daging ysng dah siap direbus tadi.

2. Masukkan bahan B gaul sebati. Akhir sekali masukkan bahan-bahan C. Gaul sebati. Siap untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Sumber: Ziema Deqma

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

View Original Article