[RINGKASAN] Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan

Politics
12 Dec 2023 • 8:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet melibatkan pertambahan bilangan Jemaah Menteri pada Selasa.

image is not available
Bilangan ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31 orang.

image is not available
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang sebelum ini bekas Menteri Kesihatan kembali menerajui kementerian tersebut. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

image is not available
Pelantikan masing-masing melibatkan lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri.

image is not available
Senarai penuh Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan.

[RINGKASAN]

12 DISEMBER 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet melibatkan pertambahan bilangan Jemaah Menteri pada Selasa.

10.30 pagi: Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara.

11 pagi: Perdana Menteri mengumumkan rombakan Kabinet selepas setahun menerajui Kerajaan Madani.

**media[2458658]**

11.58 pagi: Seramai lima menteri baharu dilantik untuk menerajui beberapa kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan seperti diumumkan Perdana Menteri. Jawatan Menteri Kewangan II disandang oleh CEO KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

12.20 tengah hari: Bilangan ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31 orang.

12.30 tengah hari: Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi baharu.

12.40 tengah hari: Barisan Jemaah Menteri baharu dan pertukaran jawatan menteri serta timbalan menteri yang diumumkan Perdana Menteri dikekalkan sehingga tamat penggal pentadbiran Kerajaan Madani.

12.42 tengah hari: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang sebelum ini bekas Menteri Kesihatan kembali menerajui kementerian tersebut.

12.43 tengah hari: Perdana Menteri mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri.

12.48 tengah hari: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof diberi portfolio baharu untuk menerajui Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta bertanggungjawab terhadap hal ehwal Sabah dan Sarawak.

1.03 tengah hari: Anwar mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri.

1.29 tengah hari: Gobind Singh Deo kembali menganggotai Jemaah Menteri apabila dilantik memegang portfolio Kementerian Digital.

1.48 tengah hari: Pelantikan Amir Hamzah sebagai Menteri Kewangan II dianggap tepat dalam menerajui Kementerian Kewangan (MoF) ke landasan yang tepat.

1.58 tengah hari: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terkejut dengan pertukaran portfolio daripada Menteri Pendidikan Tinggi kepada Kementerian Pertahanan.

1.58 tengah hari: Pemotongan gaji menteri sebanyak 20 peratus sebulan seperti yang diumumkan sebelum ini akan diteruskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2.19 petang: Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar akur dengan penggugurannya sebagai anggota Kabinet.

2.21 petang: Dua timbalan menteri daripada DAP, iaitu Lim Hui Ying dan Datuk Chan Foong Hin, telah bertukar portfolio kepada Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi.

2.30 petang: Barisan Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen mula tiba di Istana Negara bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia yang dijadual berlangsung, petang ini.

3 petang: Kesemua lima menteri baharu Persekutuan selesai mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia, Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah di Istana Negara.