“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

3 May 2024 • 3:51 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun swasta (IPTS) pasti akan menaiki pelbagai kenderaan untuk ke kampus seperti membawa kereta, motosikal, basikal mahupun menaiki bas.

Pun begitu, sesetengah kawasan parkir yang diberikan kepada pelajar kebiasaanya jauh dan sedikit terpencil menyebabkan kebanyakan mereka berasa bimbang jika berlaku kecurian dan sebagainya.

Tular pensyarah bagi pelajar wanita letak basikal dalam kelas kerana risau dicuri

Namun, lain pula dengan kisah seorang pensyarah lelaki ini apabila membenarkan salah seorang pelajar yang berbasikal untuk meletakkannya di dalam kelas.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @heyashyaaziz, pelajar wanita itu mendakwa lecturer berkenaan membenarkan pelajar itu membawa masuk basikalnya ke dalam kelas kerana risau sekiranya dicuri atau hilang.

“Apabila pensyarah anda risau basikal anda dicuri. Dapat parkir valet hari ini,” tulisnya.

Pensyarah siap bantu buka dan tahan pintu untuk basikal masuk

Dalam video terbabit, kelihatan pensyarah berkenaan membantu membuka pintu dan menahannya daripada tertutup semula.

Pelajar wanita itu pula dengan tersenyum dilihat membawa masuk basikal miliknya, pensyarah terbabit kemudiannya mengarahkan dia meletakkannya berdekatan pintu kelas.

Video berdurasi hanya 13 saat itu ternyata mendapat perhatian ramai apabila ia meraih lebih 400,000 tontonan dan lebih 39,000 tanda suka.

Semakan di ruangan komen mendapati pensyarah lelaki itu didakwa dikenali sebagai Dr Mohamed Aslam Akbar yang mengajar subjek Quran dan Sunnah Ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

image is not available

Ramai dakwa kenal pensyarah terbabit dan akui beliau memang baik

Tidak hanya itu, rata-rata pengguna media sosial yang mendakwa mengenali pensyarah terbabit juga mengakui beliau sememangnya seorang yang berhati mulia.

Segelintir netizen pula memuji sikap pensyarah itu yang disifatkan sebagai prihatin, memahami dan mengambil berat terhadap pelajarnya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Source:

View Original Article