
Risau Jenayah Berleluasa, Ayah Pasang CCTV Atas Kepala Anak
Tindakan seorang lelaki di Pakistan memasang kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) di atas kepala anak perempuannya menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut India Today, lelaki itu bertindak demikian kerana risau dengan keselamatan anak perempuannya berikutan kejadian jenayah yang semakin berleluasa di negara itu.
Sebelum ini, satu kejadian jenayah yang berlaku di Karachi menyebabkan seorang wanita kehilangan nyawa, sekaligus turut mendorong keputusan itu diambil.
Risaukan keselamatan, ayah pasang CCTV atas kepada anak
Dengan memasang CCTV berkenaan, si ayah mendakwa boleh mengawasi pergerakan dan keselamatan anak gadisnya sepanjang masa.
Walaupun kelihatan janggal ketika berada di tempat awam, anaknya memberitahu dia tidak membantah keputusan tersebut kerana memahami ia bertujuan untuk menjaga keselamatannya.
Malah, gadis berkenaan turut menganggap dengan adanya CCTV tersebut, ayahnya kini seolah-oleh bertindak seperti pengawal peribadinya.
Jadi bualan hangat warga maya
Bagaimanapun, video berkenaan menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan warga maya sejak ia menjadi tular di media sosial.
Walaupun memahami tindakan lelaki itu yang mahu melindungi keselamatan anaknya, namun mereka berpendapat ada lagi cara lain yang lebih sesuai boleh diambil.
Sumber: CCTV
The post Risau Jenayah Berleluasa, Ayah Pasang CCTV Atas Kepala Anak appeared first on Siakap Keli.




