Risau nasib bisnes, netizen persoal Wawa Zainal sibuk pasal subsidi diesel?

14 Jun 2024 • 5:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Netizen persoal Wawa Zainal dan mengecam pelakon itu selepas menyuarakan kebimbangan terhadap pelaksanaan penyasaran subsidi yang bermula 10 Jun lalu.

Menerusi satu perkongsian di X, @apanakdikato telah memuat naik artikel dari sebuah portal kemudian mempersoalkan mengapa Wawa risau dengan penarikan subsidi itu.

Netizen persoal Wawa Zainal sibuk pasal subsidi diesel

image is not available

“Ni contoh geng T20. Jadi pempengaruh PN masa PRU 15, lepastu belikan suami Lamboghini. Suami pula belikan dia Brabus tapi sibuk lagi pasal subsidi?” katanya.

Pada artikel itu, Wawa yang juga merupakan usahawan mengakui timbul keresahan mengenai nasib untung dan rugi perniagannya selepas penyasaran subsidi diesel.

image is not available

Foto: Scoopdotmy

Menurut pelakon berusia 32 tahun itu, kenaikan harga diesel sekaligus akan menyebabkan berlakunya peningkatan harga bagi barang lain.

“Sudah tentu beri kesan sebab apabila harga minyak naik, semua benda lain juga akan turut naik.

“Peniaga misalnya perlu menggunakan perkhidmatan penghantaran melalui syarikat logistik dan pengangkutan mereka guna diesel untuk mengagihkan produk mereka.

“Jadi, ya, agak mendebarkan sebagai peniaga kerana saya takut orang tidak mahu membeli sangat nanti sebab mereka rasa perlu lebih berjimat,” luahnya.

Disebabkan kenyataannya itu, ramai warga maya yang mengecam pelakon itu dan berpendapat Wawa tidak sepatutnya mempunyai kerisauan itu.

Kenapa kita yang marhaen kena risau perniagaan dia

image is not available

Netizen persoal Wawa Zainal, malas nak layan dia ni

image is not available

Nak subsidi lagi ke??

image is not available

Saya yang mungkin tak dapat subsidi pun tak meroyan

image is not available

Baru-baru ini, penyasaran subsidi telah dilaksanakan bermula pada 10 Jun yang mana hanya golongan tertentu akan menerima subsidi termasuklah subsidi diesel.

Disebabkan ini, ramai warga Malaysia terutama pekebun dan peniaga yang mengakui kerisauan mereka terhadap pelaksanaan penyasaran itu kerana ia mungkin akan menyebabkan kenaikan kos dalam perniagaan mereka.

View Original Article