“Risau Pape Jadi Dekat Baby Dalam Perut, I Pilih Ganti Puasa & Bayar Fidyah” – ‘Influencer’ Dedah Sebab Tak Berpuasa

LocalEntertainment
5 Mar 2025 • 10:06 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, usahawan serta pempengaruh dikenali ramai iaitu Sasha Abdul Aziz telah menimbulkan perdebatan dengan netizen selepas dirinya mengakui tidak berpuasa di bulan Ramadan atas sebab sedang hamil.

Pilih ganti puasa & bayar fidyah

Dapat dilihat melalui Instagram Storynya, Sasha berkata dia memilih untuk mengganti puasa serta membayar fidyah kerana bimbangkan keadaan dan kesihatan bayi di dalam perut.

image is not available

Tahun ni mummy Sha tak dapat teman daddy Herman puasa sebab saya tengah mengandung risau pape jadi dekat baby dalam perut.

Bimbang kesihatan bayi dalam perut, aktif selepas makan saja

Katanya lagi, dia lebih mengambil langkah berhati-hati mengandungkan anak kali ini dengan menjaga kesihatannya dengan sangat teliti.

Dalam pada itu, Sasha berkata bayinya hanya aktif selepas dia makan, jadi influencer itu berasa bimbang jika berpuasa ia akan memberi kesan kepada perkembangan bayi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sasha Aziz (@sashaabdulaziz)

Bagaimanapun, pempengaruh itu sempat mengingatkan bahawa setiap ibu yang hamil mempunyai kondisi kesihatan yang berbeza-beza, jadi jika mampu untuk berpuasa, tiada masalah untuk meneruskan.

image is not available 1 month ago

Dikecam Nampak Rambut Ketika Bersukan, Sasha Abdul Aziz Bersuara - "Jangan Serabut Boleh? Bersukan Memang Sis Macam Ni"