Risiko Bahaya Di ‘Garisan Chevron’ Jalan Raya, Ini Panduan Untuk Penunggang Motosikal

2 Nov 2022 • 3:24 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hati-hati di jalan raya, ikut lorong sedia ada

Risiko Bahaya Di ‘Garisan Chevron’ Jalan Raya, Ini Panduan Untuk Penunggang Motosikal. Jalan raya yang lurus tak semestinya selamat untuk pengguna jalan raya, mungkin disebabkan oleh sistem keselamatan jalan raya yang tidak teratur ataupun sikap pemandu dan penunggang yang cemerkap.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Polis Diraja Malaysia telah berkongsi satu panduan untuk penunggang motosikal hindari kemalangan sewaktu melalui garisan putih yang berpotensi mengakibatkan motosikal tergelincir dan hilang kawalan.

Menurut JSPT, garisan putih jalan raya boleh menyebabkan kemalangan khasnya dalam kalangan penunggang motosikal jalan raya lagi-lagi ketika jalan basah (hujan).

image is not available
Risiko Bahaya Di ‘Garisan Chevron’ Jalan Raya, Ini Panduan Untuk Penunggang Motosikal

Panduan garisan jalan (road marking)

Merupakan tanda permukaan turapan jalan untuk panduan, amaran dan maklumat kepada pengguna jalan raya.

Sebagai peranti atau bahan yang digunakan pada permukaan jalan yang terdiri dari garisan memanjang dan melintang, serta penanda jalan seperti simbol, anak panah dan perkataan.

Ia berfungsi untuk mengawal dan memastikan aliran trafik teratur dan lancar, memberiamaran dan menyampaikan maklumat kepada pengguna jalan raya.

Lihat video penuh di bawah:

Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diberi perhatian oleh penunggang motosikal iaitu;

  1. berhati-hati semasa melalui garisan putih
  2. Pastikan tayar tidak botak
  3. Sebaiknya elakkan daripada melalui atas garisan putih