Risiko Ruang Udara, MH160 & MH156 Berpatah Balik Demi Keselamatan Penumpang

28 Feb 2026 • 6:03 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan, penerbangan MH160 dari Kuala Lumpur ke Doha (KUL-DOH) dan MH156 dari Kuala Lumpur ke Jeddah (KUL-JED) pada 27 Februari lalu telah berpatah balik ke Kuala Lumpur sebelum dilencongkan ke Chennai.

MH160 & MH156 Berpatah Balik

image is not available

Menurut Malaysia Airlines dalam satu kenyataan pada Sabtu, keputusan tersebut dibuat selepas menerima makluman semasa penerbangan mengenai peningkatan risiko ruang udara.

Tindakan itu, katanya, dilaksanakan selaras dengan protokol lencongan kawasan konflik yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan operasi penerbangan.

image is not available

Kedua-dua penerbangan tersebut kini dilaporkan telah selamat kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL).

“Penumpang yang terjejas diberikan bantuan dengan mengatur penerbangan alternatif dan penginapan hotel, jika perlu,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Selepas 12 Tahun Hilang, MH370 Kembali Dicari Di Lautan Hindi

Malaysia Airlines memaklumkan bahawa situasi berkenaan terus dipantau secara rapi dan semua langkah yang diperlukan akan diambil bagi memastikan operasi kekal selamat serta dipercayai.

Tegasnya, keselamatan penumpang dan kru penerbangan sentiasa menjadi keutamaan utama syarikat itu.

Sumber: BERNAMA

The post Risiko Ruang Udara, MH160 & MH156 Berpatah Balik Demi Keselamatan Penumpang appeared first on Borak Daily.