RisSMart Grocer himpunkan produk lokal dalam satu bumbung, perkasa usahawan tempatan

LocalBusiness & Finance
21 Jul 2026 • 11:41 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Orang ramai kini bukan sahaja boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian di bawah satu bumbung, malah turut menyokong pembangunan usahawan tempatan apabila berbelanja di RisSMart Grocer yang terletak di Urban Eats@Kwasa Damansara.

Perkasa usahawan tempatan

Image from: RisSMart Grocer himpunkan produk lokal dalam satu bumbung, perkasa usahawan tempatan

RisSMart Grocer yang merupakan inisiatif Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan anak syarikatnya, RISDA Agri Food Industries Sdn. Bhd. (RAFI), diwujudkan bagi memperluaskan akses pasaran kepada produk keluaran usahawan Bumiputera luar bandar, khususnya usahawan bimbingan RISDA.

RisSMart berperanan sebagai platform yang menghubungkan produk tempatan berkualiti dengan rangkaian peruncitan moden, sekali gus membantu usahawan memperluaskan pasaran serta meningkatkan daya saing perniagaan mereka.

Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai pilihan produk termasuk makanan segar, makanan sejuk beku, barangan dapur dan keperluan harian. Sehingga kini, sebanyak 269 produk keluaran usahawan bimbingan RISDA telah dipasarkan menerusi rangkaian RisSMart dan jumlah itu dijangka terus bertambah.

Image from: RisSMart Grocer himpunkan produk lokal dalam satu bumbung, perkasa usahawan tempatan

Selain menyediakan ruang jualan, RisSMart turut menawarkan bimbingan menyeluruh kepada usahawan meliputi aspek penjenamaan, pembungkusan, pemasaran, penetapan harga serta pematuhan standard kualiti dan keselamatan makanan bagi memastikan produk tempatan lebih kompetitif di pasaran.

RisSMart juga mengamalkan pendekatan farm-to-market yang membolehkan produk disalurkan secara lebih terus daripada pengeluar kepada pengguna. Pendekatan itu bukan sahaja membantu usahawan memperoleh pulangan lebih baik, malah membolehkan pengguna menikmati produk berkualiti pada harga yang lebih berpatutan.

Image from: RisSMart Grocer himpunkan produk lokal dalam satu bumbung, perkasa usahawan tempatan

Dalam usaha memperluaskan akses kepada produk tempatan, RAFI kini mengendalikan 17 outlet RisSMart24 dan tiga outlet RisSMart Butchery di lokasi strategik.

Jom Meriahkan Bulan Kebangsaan di RisSMart 5KM Fun Run!

Sementara itu, sempena sambutan Bulan Kebangsaan, RisSMart bakal menganjurkan RisSMart 5KM Fun Run pada 30 Ogos 2026 di RisSMart Grocer, Urban Eats@Kwasa Damansara.

Image from: RisSMart Grocer himpunkan produk lokal dalam satu bumbung, perkasa usahawan tempatan

Acara larian santai sejauh lima kilometer itu terbuka kepada semua peringkat umur sama ada pelari berpengalaman, individu yang ingin memulakan gaya hidup aktif mahupun keluarga yang mahu meluangkan masa bersama.

Dengan yuran penyertaan RM35, peserta akan menerima baju larian eksklusif, pingat penamat edisi khas serta drawstring bag.

RisSMart turut menawarkan kategori 5KM Team RisSMart pada kadar RM120 yang didatangkan bersama pelbagai kejutan serta goodie bag eksklusif. Penyertaan bagi kategori tersebut dihadkan kepada 50 peserta terawal.

Image from: RisSMart Grocer himpunkan produk lokal dalam satu bumbung, perkasa usahawan tempatan

Selain larian, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti sepanjang hari termasuk sesi zumba, konsert mini, pertandingan Bakat Bintang Cilik RisSMart, pertandingan mewarna, jualan kilat serta pelbagai aktiviti kekeluargaan.

Penganjuran RisSMart 5KM Fun Run bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat di samping menyemarakkan semangat kebangsaan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menyokong produk keluaran usahawan tempatan. Peserta yang berminat boleh mendaftar melalui pautan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved