Risteena Munim ditawar RM10,000, tak putus asa ajak teman puaskan nafsu

LocalEntertainment
18 Sep 2024 • 11:11 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Risteen Munim ditawar RM10,000 untuk menemaninya melakukan perkara tidak senonoh menerusi panggilan video demi memuaskan nafsunya.

Risteen atau nama lengkapnya Nur Risteena Munim Ilyas mendedahkan perkara tersebut di Instagram Story, semalam.

image is not available

Risteena Munim ditawar sampai RM10,000!

Menerusi pendedahan paparan skrin mesej diterima, individu berkenaan tidak berputus asa menawarkan ‘habuan’ kakak kepada pelakon sensasi Ruhainies.

“Saya nak tawarkan sesuatu, tapi benda kurang baik la..
“Nak ajak video call sebenarnya, teman ‘ehem ehem’. Tapi cuma tengok sahaja, bukan buat sekali.
“Saya bayar RM3,000 untuk sekali panggilan video. Tapi, ini rahsia antara kita,”tawar individu tersebut.

image is not available

Pada awalnya, individu tersebut menawarkan sebanyak RM3,000 sebelum dinaikkan kepada RM7,000 dan seterusnya RM10,000 selepas aktres berusia 34 tahun itu menolak tawaran berkenaan.

Bukan kali pertama terima mesej lucah!

Dedahnya lagi, ia bukan kali pertama dirinya menerima mesej lucah seperti itu.

Isteri kepada aktor Isa Khan akui pelik segelintir masyarakat pada masa kini yang sanggup menawarkan perkhidmatan tersebut.

“Banyak kali dapat mesej lucah, pelik-pelik daripada orang yang berbeza.
“Sudah akhir zaman ini, ingat Allah ya,”luahnya.

image is not available

Selain Risteena, ramai lagi aktres tempatan sering menerima mesej berunsurkan lucah termasuklah melakukan perkhidmatan ‘puaskan nafsu’.

Amat merisaukan betul ya! Moga individu tersebut sempat bertaubat.

Sumber: IG nur_risteena

View Original Article