Rita Rudaini rela sejuk beku tepi padang, realisasi impian anak-anak jalani latihan bola sepak di UK

FootballFamily & Parenting
6 Jan 2026 • 4:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Rita Rudaini berkongsi pengalaman bermakna apabila anak-anaknya menjalani latihan bola sepak bersama FCV International Football Academy di Loughborough, United Kingdom.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, aktres berusia 49 tahun itu memaklumkan latihan berkenaan berlangsung pada sesi pagi dan petang, bertepatan dengan hari pertama anak-anaknya kembali ke sekolah selepas cuti Krismas.

image is not available

image is not available

image is not available

Rita Rudaini rela sejuk beku tepi padang

Menurut Rita, dia sanggup menunggu di tepi padang walaupun terpaksa berdepan cuaca sejuk melampau dan duduk di atas salji demi memberi sokongan kepada anak-anaknya.

“Mommy sanggup tunggu tepi padang duduk atas salji. Kebas. Biarlah mommy sejuk beku, asalkan dapat teman dan tengok anak-anak latihan,” ujarnya.

image is not available

Tambah pelakon itu, peluang menjalani latihan bola sepak di United Kingdom merupakan satu pengalaman yang amat berharga buat anak-anaknya.

“Alhamdulillah, dapat bagi anak-anak pengalaman training kat UK,” katanya.

Artikel lain: Tiada surau, Rita Rudaini kongsi pengalaman solat Subuh tepi mesin ATM di R&R luar negara

Dalam pada itu, Rita turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih serta individu yang terlibat dalam merealisasikan pengalaman tersebut.

“Terima kasih Coach Jack Hobbseyy, Neil dan Amber Corbin. Pengalaman bernilai dorang dapat. Terima kasih juga kepada aunty Erni dan abang @emirull7 fulfill their dreams,” katanya.

image is not available

Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi positif daripada pengikutnya yang memuji pengorbanan Rita sebagai seorang ibu serta menyifatkan peluang latihan di luar negara itu sebagai pengalaman bermakna buat anak-anaknya.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sekadar info, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008 namun memilih jalan untuk berpisah September 2013. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.

Sumber: IG Rita Rudaini