Rita Rudaini Selar Ibu Bapa T20 Hantar Anak Ke MRSM Untuk Belajar Hidup Susah

Family & Parenting
4 Jan 2024 • 11:40 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon sensasi, Rita Rudaini tampil menyelar kenyataan kononnya ibu bapa dalam golongan T20 menghantar anak masuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk mengajar mereka erti hidup susah.

Kata Rita, kenyataan itu mengundang perbalahan sedangkan MRSM adalah untuk pelajar yang cemerlang akademik.

Pelakon ini berpendapat, alasan nak anak belajar hidup susah di MRSM sangat bahaya kerana banyak lagi tempat lain yang boleh mendidik anak.

image is not available

image is not available

image is not available

Pelakon ini turut mempersoalkan sistem kuota yang disediakan di MRSM. Difahamkan, isu ini susulan Rita Rudaini dituduh mencuri tempat anak-anak B40 apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin diterima masuk ke MRSM Gemencheh.

image is not available

image is not available

image is not available

Rita berkata, sesiapa yang mewujudkan sistem kuota sebenarnya merosakkan anak bangsa kerana akan ada yang tak puas hati.

Sedangkan, sekolah berasrama penuh seperti MRSM adalah untuk semua pelajar yang berpotensi dari segi akademik.

Kredit: Instagram Rita Rudaini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.