Rita Rudaini tegur program lelaki & wanita serumah-“Nak tiru barat, dorang bukan Islam ..”

Family & Parenting
20 May 2024 • 10:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Rita Rudani tegura program Hero Teladan yang dilakukan oleh seorang YouTuber Isa Isarb susulan membuat cabaran dengan menempatkan seramai 77 orang peserta lelaki dan wanita dalam sebuah rumah yang sama.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar berkata, pempengaruh berkenaan seharusnya bijak sebelum membuat keputusan untuk melakukan cabaran tersebut.

Ini kerana ia menempatkan lelaki dan wanita dalam satu rumah yang sama tanpa mempunyai ikatan yang sah di sisi agama.

Rita Rudaini tegur program lelaki & wanita serumah

Menerusi hantaran di Instagram Story, aktres berusia 48 tahun itu lantang bersuara dengan memberi teguran kepada mereka yang terlibat.

Rita berkata, pempengaruh berkenaan perlu cakna dan sedia maklum akan status mereka beragama Islam sebelum menghimpunkan lelaki dan wanita dalam satu rumah yang sama.

“Buat program nak tiru barat, sedari diri sikit dik.. Dorang bukan Islam tak apalah duduk satu rumah,”tegurnya.

image is not available

Ibu bapa perlu main peranan

Dalam pada itu, Rita juga mempersoal tindakan ibu bapa yang mengizinkan anak mereka menyertai program sedemikian.

“Yang mak bapak ponnnnnnnn… hantar anak kat program macam tu… apa ada dalam kepala otak depa noh?
“’Teladan’ celah mana? Nak jadi ‘influencer’ pun kena cerdik… nak jadi mak bapak pun kena cerdik… bukan senang oii nak jadi mak bapak,”katanya lagi.

image is not available

Katanya lagi, semua orang perlulah menggunakan media sosial dengan sebaik mungkin dengan memajukan diri dan bukannya duduk di dalam rumah mengejar populariti.

image is not available

Sebelum ini, program yang diberi nama Hero Teladan menerima kritikan kerana menempatkan kedua-dua jantina itu dalam satu rumah sehingga YouTuber, Isa Isarb terpaksa memberhentikan penganjuran program ini.

YouTuber berkenaan juga telah membuat permohonan maaf menerusi akaun TikTok, disamping mengakui kesalahan yang telah dilakukan.

Difahamkan, konten berbentuk cabaran hidup tanpa telefon selama 77 hari tersebut akan ada penyingkiran setiap episod dan kedudukan para peserta dibuat berdasarkan undian penonton.

Sumber: Instagram Rita Rudaini