
Tuaran: Sekumpulan Tantagas (pemimpin ritual) dan Libabou (perantara semangat) masyarakat Suang Lotud melakukan ritual berkaitan fenomena gerhana matahari di Kampung Bantayan, di sini, Khamis.
Bekas ketua kampung Kampung Bantayan Antakin Andan berkata upacara yang dikenali sebagai “tumabur do adaw tinolob” itu dilakukan untuk memohon keberkatan dan meminta ular besar memuntahkan matahari.
“Menurut cerita nenek moyang kami, gerhana sama ada gerhana matahari atau bulan berlaku disebabkan matahari atau bulan ditelan ular besar,” katanya.

