Ritual kuda kepang: Tiga individu didakwa hari ini

LocalPolitics
30 Aug 2025 • 10:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian mengenai ritual kuda kepang di Parit Raja, Batu Pahat.

JOHOR BAHRU - Tiga individu akan didakwa pada Sabtu susulan penularan sebuah video dipercayai berkaitan ritual yang dikaitkan dengan ajaran sesat di Parit Raja, Batu Pahat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ketiga-tiga mereka akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Syariah Batu Pahat.

“Video didakwa ‘show’ puja jin di Batu Pahat, tiga bakal dituduh di Mahkamah Syariah Batu Pahat hari ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada Jumaat, kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan serta mengambil tindakan penguatkuasaan segera terhadap pihak terbabit.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita berkumpul sambil melakukan ritual diiringi paluan gong dan alunan muzik.

Turut kelihatan dua lelaki seperti mengalami kerasukan, manakala peserta lain dipercayai sedang menyembah sesuatu, dengan aksi berkenaan disaksikan orang awam di lokasi terbuka.