RIUH x ASEAN 2025 Bakal Gegarkan KL, Himpunan Kreatif Terbesar Asia Tenggara

LocalEntertainment
15 Aug 2025 • 12:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Malaysia sekali lagi jadi tumpuan serantau! Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan bahawa RIUH x ASEAN 2025, acara kreatif terbesar Asia Tenggara, bakal berlangsung dari 17 hingga 26 Oktober 2025.

Anjuran Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures, festival mega ini bakal menghimpunkan seni, muzik, kreativiti dan keusahawanan dari seluruh Malaysia serta negara-negara ASEAN, selari dengan visi ASEAN 2025 yang menekankan perpaduan, keterangkuman dan kelestarian.

Highlight utama RIUH x ASEAN Marketplace

Bermula 22 hingga 26 Oktober 2025 di Kuala Lumpur, marketplace ini bakal menampilkan:

  • 200+ jenama dan 100 vendor makanan & minuman dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia & Filipina.
  • 40 persembahan pentas, 30 bengkel interaktif, dan 20 aktiviti kreatif termasuk sesi jaringan industri.
  • Peluang terbuka untuk pengusaha jenama tempatan mendaftar mulai 1 September hingga 1 Oktober 2025.

Pop-up RIUH Gallery

Bermula 1 Oktober 2025 di lokasi-lokasi strategik sekitar Lembah Klang, dimeriahkan dengan persembahan muzik indie, komedi, sesi puisi (spoken word), sastera & pameran seni visual. Platform ini menjadi pentas untuk bakat tempatan tunjuk karya & berinteraksi dengan peminat.

FrequenSEA Persidangan Muzik ASEAN Pertama

Akan berlangsung pada 21 & 22 Oktober 2025 di Kuala Lumpur. Percuma & terbuka untuk semua, persidangan ini menyasarkan lebih 200 peserta termasuk pemuzik, penerbit, pencipta kandungan dan pemimpin industri muzik untuk berbincang tentang masa depan muzik Asia Tenggara.

Maklumat lanjut di baskl.com.my atau di Instagram & Facebook @riuhinthecity dan @mycreativeventures.