
RIUH x ASEAN 2025 Pentas Utama Seni Dan Kreativiti Serantau
Kementerian Komunikasi melalui Kumpulan MyCreative Ventures akan menganjurkan RIUH x ASEAN pada 15 Oktober hingga 3 November 2025 di sekitar Kuala Lumpur. Bakal menjadi pentas utama bagi seni dan kreativiti serantau, RIUH x ASEAN dijangka menarik lebih 30,000 orang pengunjung dari dalam dan luar negara.
Pelbagai pengisian program utama telah disusun, antaranya frequenSEA: ASEAN Music Conference dan RIUH x ASEAN Marketplace bersama QSR Brands. RIUH x ASEAN turut mendapat tajaan lokasi daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi program Marketplace bersama QSR Brands yang akan diadakan di Stadium Merdeka.

Selain itu, terdapat juga beberapa siri program sisipan (fringe events) meliputi persembahan muzik pop-up, komedi, puisi dan spoken word, bengkel kreatif, pameran seni serta program pembelajaran komuniti, iaitu RUMASORA, Panggung Gelak, SEA Slam, Lit Connect, RIUH Gallery: Suara Belacu dan RIUH School.
Selaras dengan tema ASEAN 2025 “Forging Ahead Together: Inclusivity & Sustainability”, penganjuran RIUH x ASEAN 2025 akan memperkukuh jaringan serantau melalui ekspresi kreatif, memupuk kolaborasi dan meraikan kepelbagaian komuniti di rantau ASEAN.

RIUH x ASEAN 2025 juga akan menjadi platform yang menyatukan bakat muda dan pemain industri daripada pelbagai latar belakang bagi memupuk kolaborasi rentas sempadan serta memperkukuh ekosistem ekonomi serantau.
Layari baskl.com.my/riuhxasean serta Instagram dan Facebook @riuhinthecity untuk maklumat lanjut mengenai RIUH x ASEAN 2025.
The post RIUH x ASEAN 2025 Pentas Utama Seni Dan Kreativiti Serantau appeared first on Siakap Keli.



![Piala Tun Ali 2025 [LIVE] Akhir – Jadual Perlawanan & Keputusan](https://cdn.newswav.com/img/topic/sports.jpeg)