Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$124.1 bilion setakat 28 November 2025

LocalBusiness & Finance
5 Dec 2025 • 3:59 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$124.1 bilion setakat 28 November 2025
image is not available
liza05/12/2025 - 15:59 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 5 Dis – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah  AS$124.1 bilion setakat 28 November 2025.

 

Menurut kenyataan rasmi bank pusat itu hari ini, paras tersebut memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

 

Katanya, komponen utama rizab antarabangsa BNM ialah rizab mata wang asing sebanyak AS$109.8 bilion serta kedudukan dalam Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang mencatatkan AS$1.3 bilion.

 

"Dalam pada itu, Hak Pengeluaran Khas (SDR) pula adalah AS$5.9 bilion; manakala emas sebanyak AS$4.8 bilion dan aset rizab lain berjumlah AS$2.3 bilion," tambah kenyataan bank berkenaan.

 

Dari segi ringgit, jumlah aset keseluruhan BNM ialah RM610.26 bilion yang antaranya merangkumi emas, tukaran asing dan SDR (RM522.78 bilion); serta kertas kerajaan Malaysia (RM13.42 bilion). 

 

Sementara deposit dengan institusi kewangan pula ialah RM1.09 bilion, pinjaman dan pendahuluan, (RM28.24 bilion); tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) serta aset-aset lain (RM40.16 bilion).

 

Jumlah modal dan liabiliti ialah RM610.26 bilion termasuk modal berbayar (RM100 juta); rizab (RM205.3 bilion), mata wang dalam edaran (RM173.8 bilion) dan deposit institusi kewangan (RM121.42 bilion).

 

Selain itu, deposit kerajaan persekutuan (RM4.04 bilion), deposit lain (RM65.8bilion), kertas BNM (RM8.53 bilion), peruntukan SDR (RM27.87 bilion) serta liabiliti lain (RM3.28 bilion). - DagangNews.com

Terkini standard