Rizab antarabangsa BNM AS$104.5 bilion pada 14 Oktober

Business & Finance
21 Oct 2022 • 5:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.5 bilion pada 14 Oktober 2022.

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.5 bilion pada 14 Oktober 2022.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.

BNM berkata, komponen utama rizab antarabangsa terbabit meliputi rizab mata wang asing (US$92.6 bilion), kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarbangsa (IMF) sebanyak US$1.3 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.5 bilion), emas ((US$2.1 bilion) dan aset rizab lain (US$3 bilion).

Aset-aset tersebut merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM484.62 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.64 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM46.57 bilion).

Bank pusat itu berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM151.79 bilion), mata wang dalam edaran (RM157.63 bilion), deposit institusi kewangan ((RM168.61 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM15.16 bilion), deposit lain (RM34.49 bilion), kertas Bank Negara (RM10.02 bilion), peruntukan SDR (RM28.7 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.84 bilion). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved