Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$117.5 bilion

Business & Finance
8 Apr 2025 • 5:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
BNM Gambar hiasan

RIZAB antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.50 bilion pada 28 Mac, 2025 berbanding AS$118.0 bilion pada 14 Mac, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu berkata kedudukan rizab berkenaan memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah keseluruhan hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu merangkumi rizab mata wang asing (AS$104.5 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (AS$5.8 bilion), emas (AS$3.8 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.2 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM631.66 bilion, merangkumi emas, pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk hak pengeluaran khas (RM520.76 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.72 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM23.82 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM27.0 bilion), tanah dan bangunan (RM4.59 bilion) dan aset-aset lain (RM66.58 bilion).

BNM berkata keseluruhan modal dan liabiliti berjumlah RM631.65 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM189.19 bilion), mata wang dalam edaran (RM178.58 bilion), deposit institusi kewangan (RM138.86 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM4.24 bilion), lain-lain deposit (RM78.75 bilion) kertas Bank Negara (RM10.55 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM28.38 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.98 bilion). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved