Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah RM492.48 Bilion Pada 15 November 2022

PoliticsBusiness & Finance
22 Nov 2022 • 4:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM492.48 bilion (AS$107.5 bilion) pada 15 November 2022.

Menerusi kenyataan, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.2 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 10 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen rizab terbabit meliputi rizab mata wang asing (AS$95.8 bilion), kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarbangsa (IMF) sebanyak (AS$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.5 bilion), emas (AS$2.1 bilion) dan aset-aset rizab lain (AS$2.8 bilion).

Dalam pada itu, aset lain merangkumi emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM498.75 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.35 bilion), pinjaman dan pendahuluan sebanyak (RM23.63 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM59.35 bilion).

Dalam kenyataan juga memaklumkan, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM160.8 bilion), mata wang dalam edaran (RM158.58 bilion), deposit institusi kewangan (RM195.74 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.33 bilion), deposit lain-lain (RM35.76 bilion), kertas bank negara (9.14 bilion), peruntukan SDR (RM28.70 bilion) dan liabiliti -liabiliti lain (RM4 bilion)

Sumber: Bank Negara Malaysia