Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$111.4b pada 30 Jun

Business & Finance
7 Jul 2023 • 4:59 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) merosot kepada US$111.4 bilion pada 30 Jun 2023 (US$1=RM4.4.66) daripada US$113 bilion dicatatkan pada 15 Jun 2023.

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

Katanya paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$99.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.4 bilion) dan aset rizab lain (US$2.7 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM622.48 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM522.05 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.59 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.60 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM60.09 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM181.92 bilion), mata wang dalam edaran (RM160.11 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM182.29 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM6.39 bilion), deposit-deposit lain (RM38.25 bilion), kertas Bank Negara (RM19.41 bilion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.05 bilion). -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved