Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$111.5b pada 15 Sept 2023

Business & Finance
22 Sep 2023 • 4:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$111.5 billion (US$1=RM4.6855) pada 15 Sept, 2023 berbanding US$112.2 bilion pada 15 Ogos, 2023.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.2 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$98.9 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.4 bilion), dan aset-aset rizab lain (US$3.1 bilion).

Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM623.80 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM522.12 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.76 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.82 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM60.96 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM178.88 bilion), mata wang dalam edaran (RM157.86 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM168.75 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM11.93 bilion), deposit-deposit lain (RM37.58 bilion), kertas Bank Negara (RM34.08 bllion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.68 bilion). -Bernama