Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$113.4b pada 15 Mac 2024

Business & Finance
22 Mar 2024 • 4:51 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion (US$1=RM4.731) pada 15 Mac 2024 berbanding dengan US$114.3 bilion pada 29 Feb 2024.

Menurut bank pusat, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing berjumlah US$100.8 bilion, diikuti kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.8 bilion), emas (US$2.6 bilion) dan aset rizab lain (US$2.8 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM620.64 bilion merangkumi emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM520.34 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.0 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.44 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.55 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM56.19 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM189.39 bilion), mata wang dalam edaran (RM168.01 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM150.93 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM9.05 bilion), deposit lain (RM39.89 bilion), kertas Bank Negara (RM29.80 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.73 bilion). -Bernama