Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$114.4b pada 28 April

Business & Finance
9 May 2023 • 5:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$114.4 billion pada 28 April, 2023.

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” kata bank pusat dalam satu kenyataan hari ini.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$101.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.8 bilion), emas (US$2.5 bilion) dan aset rizab lain (US$2.8 bilion). -Bernama