Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$116.8 bilion

Business & Finance
6 Sep 2024 • 6:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$116.8 bilion setakat 30 Ogos 2024.

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$116.8 bilion setakat 30 Ogos 2024 daripada AS$114.7 bilion (AS$1=RM4.33) yang dicatatkan pada 31 Julai 2024.

BNM dalam kenyataan hari ini berkata, kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu ialah rizab mata wang asing berjumlah AS$104.5 bilion diikuti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.9 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM641.56 bilion, merangkumi emas dan rizab pertukaran asing termasuk SDR (RM550.45 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.27 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM992.92 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.28 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM48.28 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti berjumlah (RM100.0 juta), modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM207.90 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.28 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM146.83 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM6.09 bilion), deposit lain (RM66.58 bilion), kertas Bank Negara (RM15.69 bilion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion), dan liabiliti lain (RM3.14 bilion). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved