Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$118.3 bilion

Business & Finance
6 Dec 2024 • 6:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$118.3 billion (AS$1=RM4.41) pada 29 November 2024 berbanding AS$118.0 billion pada 15 November 2024.

Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan hari ini menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab ialah rizab mata wang asing (AS$105.4 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (AS$5.9 bilion), emas (AS$3.3 billion) dan aset rizab lain (AS$2.4 billion).

Jumlah aset sebanyak RM595.77 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk hak pengeluaran khas (RM486.23 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.51 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.08 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset-aset lain (RM61.56 bilion).

BNM menjelaskan modal dan liabiliti berjumlah RM595.77 bilion meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM177.49 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.58 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM135.20 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM6.56 bilion), deposit lain-lain (RM67.89 bilion), kertas Bank Negara (RM11.80 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM27.22 bilion) dan liabiliti lain (RM3.93 bilion). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved