Rizab antarabangsa BNM naik kepada US$105.2b pada 31 Okt

PoliticsBusiness & Finance
7 Nov 2022 • 5:09 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$105.2 bilion (US$1=RM4.74) pada 31 Okt, 2022, naik daripada US$104.5 bilion pada 14 Okt, 2022.

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Katanya komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$93.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.5 bilion), emas (US$2.1 bilion) dan aset rizab lain (US$2.6 bilion).

Aset tersebut terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM487.79 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.63 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM55.11 bilion).

Menurut BNM, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM155.24 bilion), mata wang dalam edaran (RM157.86 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM183.47 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM9.69 bilion), deposit lain (RM34.20 bilion), kertas Bank Negara (RM9.64 bilion), peruntukan SDR (RM28.70 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.13 bilion).-Bernama