Rizab antarabangsa BNM susut sedikit kepada AS$112.2 bilion pada 15 Ogos 2023

Business & Finance
22 Aug 2023 • 3:04 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Rizab antarabangsa BNM susut sedikit kepada AS$112.2 bilion pada 15 Ogos 2023

azan

22/08/2023 - 15:04

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan sedikit penyusutan kepada AS$112.2 bilion pada 15 Ogos 2023 berbanding AS$112.9 bilion pada 31 Julai lalu.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.2 bulan import barangan dan perkhidmatan dan sekali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$99.7 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$3 bilion).

Sementara itu, jumlah aset ialah RM624.3bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM523.53bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.84 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.71 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM58.1 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM179.22 bilion), mata wang dalam edaran (RM158,30 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM167.47 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.92 bilion), deposit lain (RM37.36 bilion), kertas Bank Negara (RM32.78 bilion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.17 bilion). - DagangNews.com