Rizab Bitcoin A.S. Menuju Pengundian : Mampukah Rancangan Ini Lepasi Kongres?

WorldBusiness & Finance
26 Nov 2026 • 9:19 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Rizab Bitcoin A.S. Menuju Pengundian : Mampukah Rancangan Ini Lepasi Kongres?

Bitcoin mencatatkan pemulihan sederhana pada hari Khamis apabila meningkat 2.9% kepada $60,892.8 daripada paras terendah lebih dua tahun sekitar $57,000 yang dicatatkan minggu lalu. Lantunan ini didorong oleh pembelian semula berhati-hati ke atas saham kecerdasan buatan (AI) di pasaran ekuiti serta perkembangan positif perundangan di Washington selepas rang undang-undang untuk mewartakan Rizab Strategik Bitcoin A.S. untuk pengundian di Dewan Perwakilan.

Walau bagaimanapun, sentimen keseluruhan pasaran aset digital kekal rapuh dengan Indeks Ketakutan dan Ketamakan Kripto CoinMarketCap masih terperangkap dalam zon “ketakutan melampau” (extreme fear). Penganalisis mengingatkan bahawa rang undang-undang rizab yang mencadangkan larangan penjualan pegangan Bitcoin kerajaan Persekutuan (sebanyak 329,693 BTC bernilai kira-kira $20 bilion) selama 20 tahun itu berdepan laluan berliku sebelum Parti Demokrat mengambil alih kawalan Kongres pada Januari 2027, memandangkan pembangkang sebelum ini berjaya menyekat kelulusan Akta Clarity awal tahun ini.

Tekanan struktur turut berterusan apabila Bitcoin didagangkan lebih daripada 50% di bawah paras tertinggi rekod Oktober 2025 serta memadamkan kesemua keuntungan dua tahun kebelakangan ini. Data pengagregat SoSoValue mendedahkan dana dagangan bursa (ETF) Bitcoin spot berada di landasan mencatatkan aliran keluar besar-besaran buat minggu kelima berturut-turut tatkala pelabur institusi terus mengalihkan dana ke aset yang kurang spekulatif.

Selain pendarahan dana ETF, pasaran kripto masih dihimpit oleh jangkaan tinggi bahawa Rizab Persekutuan (The Fed) akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat Disember. Keyakinan terhadap dasar monetari ketat itu diperkukuhkan lagi oleh laporan Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Oktober yang dikeluarkan pada Rabu, yang menunjukkan tekanan inflasi meningkat lebih panas daripada ramalan Wall Street.

Seiring pemulihan Bitcoin, pasaran altcoin turut mencatatkan lantunan harian pada hari Khamis walaupun masih menanggung kerugian mendalam sepanjang Oktober dan November. Ethereum (ETH) mendaki 3.54% kembali ke paras $1,704, Solana dan Cardano masing-masing melonjak melebihi 5%, XRP meningkat 4.2% tetapi kekal di bawah $1, BNB menambah 2.3%, manakala duit syiling meme Dogecoin dan $TRUMP masing-masing pulih 5% dan 6.2%.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved