Rizal Van Geyzel Didakwa Esok

21 Jul 2022 • 6:11 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pengasas Bersama Kelab Komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel dijangka dituduh di Mahkamah Khas Siber Kuala Lumpur pagi esok - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Pengasas Bersama Kelab Komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel dijangka dituduh di Mahkamah Khas Siber di sini, 9 pagi esok.

Pertuduhan ke atas lelaki berusia 39 tahun itu akan dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Difahamkan, Rizal akan dituduh mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, atas susulan penularan video komedi berbaur perkauman yang dikaitkan dengan dirinya.

Pada 13 Julai lalu, dia ditahan pasukan USJT Bukit Aman susulan penularan videonya yang didakwa mempersendakan orang Melayu di media sosial.

Tindakan tersebut diambil susulan laporan polis yang dibuat lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap lelaki berkenaan di seluruh negara.

Antara NGO terlibat adalah Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) yang dipengerusikan oleh Yusuf Azmi. -  Getaran, 21 Julai 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved