RM BTS Bakal Keluarkan Album Solo

Music
1 Nov 2022 • 3:10 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
RM bakal tampil dengan album solo tidak lama lagi. - Gambar Instagram

SEOUL - Ketua kumpulan K-pop BTS, RM bakal mengeluarkan album solo pertamanya tidak lama lagi, menurut agensi kumpulan itu pada Selasa.

Big Hit Music memaklumkan RM sedang membuat persiapan untuk pelancaran album itu namun, tidak memberikan butiran lanjut mengenainya.

RM menjadi ahli BTS ketiga yang membuat penampilan sulung sebagai artis solo selepas J-Hope pada Julai dan Jin bulan lalu, lapor Yonhap.

Minggu lalu, saluran TV kabel tvN melaporkan penyanyi rap BTS itu akan menjadi hos bersama rancangan hiburan pendidikan baharu bertajuk "The Dictionary of Useless Human Knowledge" dengan pengarah Jang Hang-jun.

Program itu akan disiarkan pada separuh kedua tahun ini. - Bernama