
SANDAKAN: Sebanyak RM1.3 juta diperuntukkan untuk membaiki cerun runtuh yang menjejaskan separuh jalan di Kilometer 2.1 laluan utama dari pusat bandar ke Menara Jam.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata Kerja membaiki cerun yang runtuh itu akan dimulakan bulan depan selepas dilaporkan dalam keadaan teruk lebih enam bulan lalu.
“Peruntukan telah diluluskan untuk membaiki jalan runtuh itu berkuat kuasa serta-merta. Kita perlu segera membaiki cerun yang runtuh kerana ia merupakan laluan utama pengguna jalan raya ke pusat bandar selain ke sekolah berhampiran iaitu SM Sung Siew.
