RM1 juta naik taraf bangunan Iqtas

LocalBusiness & Finance
6 Jan 2025 • 3:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

Kota Kinabalu: Kira-kira RM1 juta dibelanjakan untuk menaik taraf bangunan baharu Institut Pusat Tahfiz Negeri Sabah (Iqtas) bagi memberi keselesaan kepada lebih 60 pelajarnya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ariffin Arif berkata, bangunan yang terletak bersebelahan Masjid Negeri Sabah itu dilengkapi pelbagai kemudahan lengkap pembelajaran Al-Quran.

Advertisement“Sebelumnya, Iqtas ditempatkan di bangunan Baitul Ehsan di Kinarut yang agak kekurangan dan sempit hingga tidak dapat menampung pertambahan pelajar saban tahun.

“Kini, bangunan Iqtas yang dulunya bekas Sekolah Agama Toh Puan Hajah Rahmah di Sembulan ini mampu menampung sehingga 100 pelajar dalam satu masa,” katanya ketika ditemui di Majlis Tahlil dan Doa Selamat Iqtas, di sini, baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Hadir sama Pegawai Eksekutif Muis, Ramlan Ag Ali dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), Jumain Abdul Ghani.

Ariffin yang juga Exco Hal Ehwal Islam Sabah berkata, pihaknya juga bercadang mencari tapak khusus untuk Iqtas memandangkan bangunan sedia ada milik Jheains ini hanya sementara.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya, usaha ke arah itu sedang dilaksanakan ketika ini dan sebaik lokasi sesuai yang lebih luas ditemui, pihaknya akan segera melaksanakan pembinaan bangunan baharu Iqtas.

“Satu kawasan lebih luas diperlukan bagi memenuhi keperluan padang untuk beriadah, termasuk ruang asrama lebih besar dan sebagainya yang tidak dimiliki bangunan sedia ada ini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Sebaik ada lokasi sesuai, kita akan masukkan projek ini ke Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),” katanya.

Ariffin berkata, Iqtas yang menawarkan Diploma Tahfiz kini di bawah kelolaan Jheains dan sebaik tamat pengajian, pelajarnya berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Selepas ini, mereka (pelajar Iqtas) akan kita taja menerusi derma siswa atau biasiswa untuk sambung pengajian sama ada ke universiti dalam negara atau luar negara seperti Universiti Al-Azhar di Mesir.

“Iqtas juga kita letakkan di bawah Kolej Antarabangsa Teknikal Muis yang akan bekerjasama dengan Jheains bagi memastikan keperluan pengajian mereka terjamin,” katanya.