RM1 juta naik taraf jalan kampung Naparan-Kapawa

LocalPolitics
21 Aug 2024 • 1:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

BEAUFORT: Kesukaran penduduk di Kampung Naparan dan Kapawa ekoran kerosakan jalan penghubung di kedua-dua kampung itu sejak sekian lama, kini selesai susulan projek naik taraf di laluan itu ketika ini.

Wakil rakyat Lumadan, Datuk Ruslan Muharam berkata, kerja-kerja naik taraf jalan sejauh 1.8 kilometer (km) itu telah bermula dan dijangka siap sepenuhnya penghujung Ogos ini.

“Kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta untuk projek pengaspalan jalan utama untuk Kampung Naparan dan Kapawa yang rosak teruk kerana dan tidak pernah diselenggara sejak 38 tahun lalu.

“Situasi ini sebelumnya telah menyukarkan penduduk khususnya di musim kemarau dan hujan kerana jalan ini adalah laluan utama sama ada ke pekan, ke kebun atau membawa jenazah ke kuburan.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Kerja-kerja naik taraf kini sudah lebih 50 peratus dan sebaik siap, ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 1,200 penduduk,” katanya ketika ditemui semasa melawat pelaksanaan projek itu, di sini, Selasa.

Ruslan berkata, kerja-kerja naik taraf itu adalah antara projek kemudahan rakyat yang telah dilaksanakan pihaknya sejak mengambil alih pentadbiran Dun Lumadan tiga tahun lalu.

Katanya, selain jalan utama Kampung Naparan-Kapawa, pihaknya turut melaksanakan projek sama di beberapa kampung antara di Bukau serta beberapa kampung lainnya.

“Ini adalah antara usaha kita bagi menjaga kepentingan rakyat kerana sebahagian besar laluan kampung ini tidak pernah dinaiktaraf hingga menyukarkan aktiviti harian penduduk,” tegasnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.